Sejarah Go Shop

Go Ghop pra-dilancarkan pada 1 November 2014 dan dilancarkan secara rasmi pada 1 Januari 2015 apabila Astro Malaysia Holdings menandatangani perjanjian dengan GS Retail (dahulunya GS Home Shopping) bagi mewujudkan sebuah saluran membeli-belah berkonsepkan gaya hidup di Malaysia.[4] Ia telah menerima sokongan yang memberangsangkan dengan tempahan lebih daripada 115,000 produk setakat pada Februari 2015.[1] Astro menyediakan platform media dan penerbitan rancangan manakala GS Home Shopping menyediakan produk dan logistik. Jumlah permodalan usaha sama ini ialah sebanyak RM70 juta dan menjana hasil tahunan sehingga RM500 juta dalam masa lima tahun.[1]

Saluran Go Shop bahasa Mandarin dilancarkan pada Oktober 2015 dan bersiaran di saluran 318.[5] Kira-kira 70% daripada pembelian produk di Go Shop dibuat melalui pembayaran tunai semasa penghantaran, dengan kadar pembatalan 5%. Pada 1 Februari 2020, Go Shop menjenamakan semula dua salurannya dengan slogan baharu - Ini Baru Shopping!, iaitu Ruuma di saluran 118 dan Gaaya di saluran 120.[6][7] Pada 24 Julai 2020, Go Shop saluran 111 dijenamakan semula sebagai Baaru.[8][9][10]

Pada 1 September 2019, Go Shop tersedia sebagai saluran terestrial percuma di MYTV menerusi Saluran 120, tetapi menamatkan penyiarannya pada 19 Jun 2022.

Pada 2 Oktober 2023, Astro mengumumkan bahawa Go Shop akan menamatkan operasinya sebagai sebahagian daripada penjajaran semula strategiknya dengan penutupannya berkuatkuasa 11 Oktober. Astro memetik "landskap ekonomi keseluruhan yang mencabar dan perubahan dalam tingkah laku membeli-belah pengguna" sebagai punca penutupan Go Shop.[11]

Rujukan

WikiPedia: Go Shop https://www.budiey.com/fakta-yang-anda-perlu-tahu-... https://says.com/my/seismik/5-sebab-kenapa-go-shop... https://www.thesundaily.my/spotlight/shopping-made... https://www.astroawani.com/berita-hiburan/astro-go... https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/5/2015/10... https://www.astroawani.com/berita-bisnes/go-shop-p... https://corporate.astro.com.my/mediaroom-releases/... https://www.ruby.my/2021/07/go-shop-menjenamakan-s... https://www.thesundaily.my/spotlight/magnificent-s... https://www.astroawani.com/berita-hiburan/go-shop-...